Saya telah menceburi bidang pelaburan sejak 2009 lagi, semasa itu saya masih berkerja sebagai Penolong Pengurus di syarikat terbesar perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia. Bermula dengan pelaburan tukaran matawang asing, pada masa itu dibawah bimbingan bekas pengurus saya. Menyedari kelemahan sistem fiat,saya beralih kepada dagangan emas dan silver kerana kekuatan portfolio ini dalam jangka masa panjang serta volume yang didagangkan sangat tinggi. Dalam masa yang sama, saya juga menghadiri seminar saham yang dianjurkan oleh salah seorang remiser terkenal syarikat pelaburan terbesar Malaysia, OSK. Kesempatan itu saya gunakan untuk mempelajari sedikit sebanyak dagangan tempatan serta komoditi. Tahun 2011 saya meletakan jawatan di syarikat telekominikasi dan memulakan karier sebagai konsultan pelaburan untuk syarikat pelaburan daripada United Kingdom yang membuka cawangan di Malaysia, sehingga sekarang saya masih berkhidmat sebagai Business Manager. Saya mula berminat dengan unit amanah syarikat Public Mutual berdasarkan pencapaian tahunan serta kekuatan tabungan pelaburan sedia ada. Pertengahan 2012, saya secara sah menjadi agen bagi produk pelaburan Public Mutual Berhad. Pengalaman lepas banyak membantu saya dalam membuat pilihan dan analisis terhadap sektor yang berpotensi untuk diceburi.
Perkhidmatan yang saya boleh tawarkan adalah mencakupi pelaburan jangkamasa pendek, sederhara dan panjang bersesuaian dengan target dan kehendak pelaburan anda. Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan pelaburan unit trust atau portfolio lain, anda boleh hubungi saya terus untuk menetapkan temujanji.
Office 1 : Megan Avenue 1, Jalan Tun Razak, KL
Office 2: Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor
Phone: 019.265.3931


